Pelajar cemerlang & kurang mampu dirai, dibantu

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : KOAY SHIANN HUAH

DATUK KERAMAT– Seramai 294 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum negara diraikan dalam satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Kerama di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Jagdeep Singh Deo berkata, majlis diadakan sebagai menghargai para pelajar cemerlang selain merapatkan hubungan dalam kalangan warga Datuk Keramat.

“Kerajaan Negeri memandang berat soal pendidikan di bangku sekolah memandangkan ia (pendidikan) adalah pelaburan terbaik bagi kerajaan untuk rakyat.

“Rangsangan pendidikan boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan hari ini, kita meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan serta mengagihkan sumbangan pakaian seragam sekolah kepada 500 (pelajar) terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sumbangan Seragam Sekolah KADUN Datuk Keramat di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik.

Jagdeep memberitahu, sejumlah RM40,000 berupakan baucar diperuntukan bagi menjayakan majlis berkenaan.

Setiap pelajar cemerlang menerima baucar buku bernilai RM50, sijil penghargaan berserta plak Anugerah Pelajar Cemerlang, manakala pelajar yang menerima sumbangan seragam sekolah turut menerima baucar belian alat tulis bernilai RM50 selain kelengkapan sekolah lain