Pemasangan CCTV turun kadar jenayah

 

KETUA Menteri (berbaju kuning) bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (kanan sekali) dan Yang diPertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (dua dari kanan) sedang meninjau pusat pemantauan CCTV yang terletak di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.
KETUA Menteri (berbaju kuning) bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (kanan sekali) dan Yang diPertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (dua dari kanan) sedang meninjau pusat pemantauan CCTV yang terletak di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.

 

SEBERANG PERAI – Dengan kadar penurunan jenayah paling tinggi di Malaysia, Pulau Pinang kini menjadi salah satu destinasi pilihan bagi pelancong dari dalam mahupun luar Negara. Antara penyumbang kepada pencapaian ini ialah sistem pemantauan CCTV yang dipasang di sekitar Pulau Pinang dan daerah Seberang Perai.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menerima 24 buah kamera CCTV yang dibiayai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di lokasi-lokasi strategik dan yang kerap berlaku jenayah di mana telah dikenalpasti bersama pihak polis yang merangkumi kawasan Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Terdapat empat pusat kawalan dan pemantauan diadakan iaitu di Tingkat 3, Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda (Jabatan Kejuruteraan), Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dan Ibu Pejabat Polis Daerah SPS.

Kontrak pemasangan telah dijalankan oleh GTC Global Sdn. Bhd., di mana kos pemasangan 24 buah kamera CCTV untuk bahagian seluruh Seberang Perai adalah RM2,872,800.00 dan bayaran sewa adalah RM47,880.00 sebulan selama lima tahun.