Pemimpin isytihar harta hanya di P. Pinang, pertama dalam sejarah negara

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – PBA Holdings Bhd. (PBAHB) baru-baru ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (IIK) bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri menyaksikan majlis tandatangan antara Ketua Pegawai Eksekutif PBAHB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa bersama-sama Datuk Sri Mustafar Ali (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Pencegahan SPRM).

“(Sejak tahun 2008), Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri dalam sejarah Malaysia selama hampir 60 tahun ini, satu-satunya negeri yang dipuji oleh Transparency International (TI) dalam urus kewangan secara bersih.

“IIK adalah suatu komitmen bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah.

“Kakitangan sesebuah syarikat yang menandatangani IIK bersama SPRM berikrar bahawa mereka tidak akan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PBAHB pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Lembaga Pengarah PBAHB, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Dato’ Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri), Datuk M. Samarajoo (Pengarah SPRM Pulau Pinang) serta beberapa pemimpin Kerajaan Negeri lain.

Tambah Guan Eng, dengan menandatangani IIK ini sekaligus PBAHB tersenarai dalam pendaftar CIP di laman Institut Integriti Malaysia dan dikenali sebagai organisasi berintegriti dalam Bursa Saham Malaysia.

Dalam pada itu, Mustafar dalam ucapannya memberitahu bahawa IIK bukan ‘kosmetik’, seperti dianggap sesetengah pihak.

“Apabila kita bercakap mengenai agenda melawan rasuah, SPRM mesti melakukan reformasi institusi (institutional reform), dan ikrar CIP (Corporate Integrity Pledge) ini tidak wajar dianggap sebagai ‘kosmetik’,” tegasnya.

Bahkan, Mustafar merakamkan penghargaan kerana PBAHB merupakan syarikat utiliti air korporat pertama di utara Semenanjung Malaysia yang menandatangani IIK bersama-sama SPRM.

Manakala, Jaseni pula memberitahu bahawa lebih 50 kakitangan PBAHB mengambil bahagian dalam majlis berkenaan.

“Mereka, termasuk ketua bahagian, pengurus, ahli-ahli lembaga pengarah serta wakil-wakil bagi 20 pembekal terbesar kepada PBAPP,” ujar beliau.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, difahamkan, PBAHB dan PBAPP terdiri oleh 1,240 kakitangan.

IKK yang dilafazkan terdiri oleh enam langkah integriti, seperti berikut:

l. Melaksanakan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Menteri dan ahli Exco yang diperiksa oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa;

2. Melaksanakan tender terbuka secara kompetatif;

3. Menghalang ahli keluarga daripada terlibat dalam kontrakkontrak kerajaan;

4. Melindungi pemberi maklumat tulen;

5. Menggugurkan pemimpin yang bergaya hidup mewah; dan

6. Telus tentang sumbangan dan derma politik.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);