PENBAR tetap diteruskan

Oleh: AHMAD ARAFAT ESAH

GEORGE TOWN – Walaupun menerima maklum balas dingin daripada pengusaha-pengusaha perniagaan di sini, Kerajaan Negeri tetap bertekad mewartakan kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai kawasan bebas asap rokok di bawah program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, inisiatif tersebut dimulakan sejak 2009 yang
mana pelbagai program berterusan untuk mendidik, m e m beri amaran dan peringatan kepada perokok telah dijalankan demi memastikan kesihatan penduduk di negeri ini terjamin.

“Kami tidak berada di sini untuk menjadi popular, sebaliknya untuk melaksanakan dasar-dasar terbaik bagi penduduk Pulau Pinang.

“Jika di Hatyai, Thailand yang majoriti penduduk dan pelancong adalah perokok boleh melaksanakan akta ini, saya pasti kita (Pulau Pinang) akan dapat melakukannya,” katanya pada Sesi Dialog Terbuka PENBAR di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySIHAT), Datuk Dr. Yahya Baba, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Azizah Ab. Manan.

Pengerusi Kedai Kopi Foo Chew yang juga Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Too Koon Ku turut menyerahkan
memor andum bantahan berhubung pelaksanaan program berkenaan kepada Boon Poh pada sesi dialog berkenaan.

Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu merayu agar para pengusaha dapat bersatu hati dalam menjayakan program tersebut demi kelangsungan generasi akan datang.

Malah, beliau turut menyarankan agar para perokok yang ingin berhenti merokok supaya berkunjung ke klinik-klinik berhenti merokok disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia.