Penduduk tahu hargai & hormati jiran tetangga – Afif

Admin

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

SEBERANG JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin meminta mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi perkauman sejak kebelakangan ini untuk melupakan hasrat tersebut memandangkan rakyat negeri ini tidak termakan dengan hasutan itu.

Afif menyatakan pendirian tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya yang diadakan di Taman Janggus Jaya di sini baru-baru ini.

Menurut Afif, kehadiran ramai penduduk berbilang kaum khususnya dari kawasan Seberang Jaya ke majlis tersebut sekaligus membuktikan kegagalan pihak tidak bertanggungjawab terbabit menggangu keharmonian antara kaum di negeri ini.

“Pada hari ini, kita dapat lihat rakyat berbilang kaum bersama-sama meraikan perayaan-perayaan besar di negeri ini tanpa mengenal warna kulit dan agama.

“Saya yakin, penduduk di sini lebih tahu untuk menghorma ti dan menghargai masyarakat dan jiran tetangga mereka daripada terpengaruh provokasi sesetengah pihak,” ujarnya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KADUN Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti) dan dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Tan Cheong Heng dan Abdul Jalil Che Ros.

Beliau yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan menambah , keharmonian kaum di negeri bukan sahaja dapat dilihat pada musim perayaan sahaja, bahkan turut dipamerkan dalam program-program anjuran Kerajaan Negeri.

“Banyak program anjuran Kerajaan Negeri yang memerlukan penglibatan semua kaum dan bermula dari situ kita dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

“Saya harap semangat ini dapat berterusan dan meminta supayapenduduk negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor
mereka,” seru Afif.

Pada majlis itu, hadirin dijamukan dengan pelbagai juadah termasuk sate, char koay teow dan ais kacang sebelum majlis diakhiri dengan pemberian angpau kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun oleh Afif.