Penganut agama Hindu Pulau Betong dirai

MERIAH… Seramai 100 masyarakat India beragama Hindu diraikan dalam suatu Majlis Mesra dan Sumbangan Sempena Deepavali di Pusat Khidmat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Betong di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras KADUN, Mohd. Tuah Ismail berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja mampu merapatkan hubungan sedia terjalin, malah turut memberi ruang dan peluang mengenali kepimpinan negeri.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan mampu menyerikan lagi sambutan Deepavali para penerima sumbangan.

Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Aidi Akhbal Mohamed Zainon.