Sambutan Deepavali Kampung Melayu unik

AIR ITAM – Kehadiran kira-kira 300 penghuni sekitar Kampung Melayu di Majlis Penyampaian Bantuan Sempena Sambutan Deepavali menunjukkan kesatuan dan semangat saling hormat-menghormati amat tebal dalam kalangan masyarakat majmuk di sinii.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, selain jamuan, turut diadakan adalah pemberian sumbangan hamper perayaan berupakan makanan asas kepada 50 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang menetap di sini.

“Majlis ini dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Melayu.

“Sambutan ini amat bermakna kerana majoriti penduduk di Kampung Melayu adalah Melayu, namun mereka turut serta dalam sambutan ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar sambutan sebegitu dapat diteruskan terutama dalam meraikan perayaan utama Negara.