Rakyat sambut meriah Pesta Cahaya

oleh : YAP LEE YING

SUNGAI BAKAP – Hampir 1,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Selain Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff yang menjadi tetamu kehormat, turut hadir adalah barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain.

Antaranya, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Speaker DUN, Maktar Shapee dan barisan exco seperti Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Turut hadir, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud dan lain-lain.

Antara juadah yang disediakan adalah nasi kandar, sate, roti jala, ais kacang dan maruku.

Sementara itu, bersempena sambutan Pesta Cahaya, barisan ADUN turut mengambil peluang masing – masing menganjurkan majlis rumah terbuka dan penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan.

Umumnya, majlismajlis yang dianjurkan bukan hanya berjaya mengukir keriangan serta senyuman, malah juga mampu mengeratkan ikatan silaturahim sedia ada rakyat keseluruhan di negeri ini.