Pengarah JPBD naik pangkat bertukar ke Putrajaya

Admin

GEORGE TOWN – Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Pulau Pinang, Zainuddin Ahamad dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah II Ibu Pejabat JPBD Semenanjung Malaysia, Putrajaya berkuatkuasa 4 Mac lalu. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Jusa C dinaikkan pangkat ke Jusa B.

Pertukaran beliau diumumkan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada majlis sidang media di sini barubaru ini.

“Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada beliau atas perkhidmatan cemerlang sepanjang bertugas sebagai Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang,” ucap Guan Eng.