PENIMEX tarik pelabur tempatan & antarabangsa

BAYAN BARU – Ekspo PENIMEX 2011 yang julung kali diadakan dilihat sebagai salah satu acara yang bukan sahaja mampu menarik para pelabur tempatan malah mampu menarik perhatian pelabur dari luar negara.

Menurut Jawatankuasa Penganjur, Presiden Penang Chinese Chamber of Commerce, Tan Sri Datuk Tan Kok Ping, ekspo PENIMEX merupakan ekspo yang memfokuskan gaya hidup masyarakat masa kini. Malah penganjuran yang turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri ini turut dilihat sebagai titik tolak kepada pengusaha-pengusaha peralatan dan perkakasan rumah serta peralatan mesra alam sekitar untuk mempromosikan produk mereka bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Presiden Penang Importers and Exporters Association (PIEA), Teoh Si Kiang yang juga  merupakan Jawatankuasa Penganjur turut menyatakan bahawa penyertaan PIEA dalam ekspo ini bukanlah semata-mata untuk mempromosikan para pelabur yang mengeksport dan mengimport produk-produk seperti produk berasaskan peralatan rumah, malah juga peralatan pejabat, pakaian, perabot dan lain-lain produk yang mempunyai kepakaran dalam industri pembuatan.

Tambah beliau lagi, PIEA yang ditubuhkan pada 1945 juga bertindak sebagai pemudahcara kepada para pelabur dan turut menggalakkan perhubungan yang erat antara para pelabur (mutual assistance and closer relationship) demi mewujudkan keharmonian dalam bidang perindustrian.

PIEA merupakan wakil kepada beberapa badan dan pengurusan antaranya Penang State Committee for Trade and CommercePenang Port Management Committee, Penang Port CommissionPenang Port Consultative  Committee, Penang Customs Liaison Committee dan Trade Promotion Northern ASEAN Region Committee.

Hadir merasmikan ekspo tersebut adalah Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menzahirkan rasa terima kasih kepada PIEA kerana menjemput beliau merasmikan ekspo yang dilihat sebagai langkah permulaan yang baik bagi mewujudkan persekitaran kompetatif dalam bidang perindustrian sekaligus mengangkat nama Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian yang dinamik dan mampu bersaing di persada antarabangsa.