Peraduan filem pendek capai objektif

Admin
LYDIA Ong Kok Fooi (tengah) bergambar kenangan bersama-sama Sharifah Amani (dua dari kanan), Bront Palarae (kanan sekali) dan Ho Juang (dua dari kiri) pada Majlis Anugerah Peraduan Filem Pendek 2012 di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (tengah) bergambar kenangan bersama-sama Sharifah Amani
(dua dari kanan), Bront Palarae (kanan sekali) dan Ho Juang (dua dari kiri) pada Majlis
Anugerah Peraduan Filem Pendek 2012 di sini baru-baru ini.

KREAT I F. . . . Sebagai sokongan kepada industri pengiklanan filem perkhidmatan awam Malaysia, Kerajaan Negeri julung kali telah menyumbangkan RM50,000 bagi menjayakan penganjuran Peraduan Filem Pendek 2012 peringkat kebangsaan bertemakan Youth Creative Public Services Awareness (PSA) di sini baru-baru ini.

Karya kreatif arahan, Goh Yun Guang berjudul ‘Tujuh Dosa Mak’ telah dipilih sebagai johan kategori terbuka yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Secara keseluruhan, pihak penganjur telah menerima 180 penyertaan dari seluruh Malaysia. Beberapa nama besar dalam industri hiburan tempatan seperti Sharifah Amani, Bront Palarae dan Ho Juang adalah antara juri peraduan berkenaan.

Ekoran kejayaan penganjuran tersebut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersedia untuk meningkatkan sumbangan bagi penganjuran tahun seterusnya sebanyak RM80,000.

Turut hadir, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi.