Peraturan perumahan baru negeri kuatkuasa 1 Feb.

Oleh: YAP LEE YING & WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Peraturan perumahan baru diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan cadangan berkuatkuasa bermula 1 Februari 2014 dirancang untuk melindungi negeri daripada terjejas akibat gelembung hartanah.

Pada masa sama, inisiatif tersebut juga bagi memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mapan dan kekal membangun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam mana-mana gelembung hartanah yang kelak akan menjejaskan dan merosakkan ekonomi.

“Jepun adalah satu contoh terbaik mengenai bahayanya gelembung hartanah. Peraturan-peraturan perumahan ini telah dibincangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang amanah terutamanya dari industri hartanah yang membantah cadangan ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Dana Perumahan Awam dan Mampu Milik berjumlah RM500 juta untuk membina 20,000 unit perumahan awam dan perumahan mampu milik meliputi kesemua lima daerah di Pulau Pinang.

“Ini adalah peruntukan terbesar yang ditubuhkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri dalam sejarah Malaysia untuk membina perumahan awam yang mampu milik.

“Malah, secara dasarnya, peraturan baru ini dilihat perlu memandangkan Kerajaan Negeri amat prihatin sekiranya pembelian rumah pertama tidak diberi peluang untuk membeli rumah dan bagi mengurangkan eksploitasi meraut keuntungan,’’ katanya dalam kenyataan media di sini baru-baru ini.

Menurut Guan Eng, lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Perkongsian Hakmilik atau Shared Ownership Scheme (SOS) yang julung kali dilaksanakan di Malaysia iaitu inisiatif bersejarah pembelian bersama antara Kerajaan Negeri dan Pembeli Kurang Berkemampuan yang telah terlepas daripada mendapatkan 90 peratus atau 100 peratus pinjaman bank dengan menawarkan 30 peratus pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri manakala baki pinjaman 70 peratus adalah daripada pihak bank berbanding 90 peratus atau 100 peratus pinjaman bank.

“Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Sewa dan Beli atau Rent-Buy Scheme untuk golongan tidak berkemampuan yang tidak layak untuk memperoleh mana-mana pinjaman bank atau bank yang enggan memberi sebarang pinjaman kepada mereka,’’ jelas beliau.

Tambah beliau, sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu mencapai demokrasi perumahan yang membenarkan setiap keluarga yang bekerja memiliki rumah sendiri.

“Keutamaan adalah bagi memastikan perumahan awam (kos rendah dan kos sederhana rendah) dimiliki oleh mereka yang tidak berkemampuan dan pembeli tulen kali pertama.

“Kerajaan Negeri komited membantu pembeli kali pertama agar berpeluang membeli rumah mampu milik dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan atau berdepan cabaran undang-undang daripada mereka yang menentang komitmen ini,’’ tegasnya.

Malah, nyatanya, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat baru-baru ini juga telah memperhalusi peraturan perumahan baru ini demi jelas dan pasti seperti di bawah :

A, Perumahan Awam – Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah

Semua rumah kos rendah (sehingga RM42,000) dan rumah kos sederhana rendah (sehingga RM72,500) yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli.

Mereka yang ingin menjualnya dalam tempoh 10 tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai atau listed buyers.

Harga niaga tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada pembeli berkemampuan, kesediaan pembeli atau willing buyer, willing seller oleh kedua-dua pembeli tersenarai dan penjual.

Pembeli yang disenaraikan adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai golongan berpendapatan rendah yang layak untuk membeli rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah.

 Peraturan 10 tahun ini akan meliputi semua belian yang lepas dan akan datang.
Cabutan rumah akan tertakluk kepada pegawasan oleh sebuah firma audit – pertama kali dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia.

B. Perumahan Mampu Milik

 Perumahan Mampu Milik diklasifikasikan sebagai rumah yang pada mulanya dibeli dengan harga di bawah RM400,000 di dalam Pulau dan RM250,000 di Seberang Perai.

Perumahan mampu milik yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh lima tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli.

Mereka yang ingin menjual dalam tempoh lima tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya akan dijual kepada “pembeli tersenarai”.

Harga rumah tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada willing buyer, willing seller oleh kedua-dua pembeli tersenerai dan penjual.

Pembeli yang tersenarai adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai kumpulan berpendapatan pertengahan yang berkelayakan untuk membeli perumahan mampu milik.

Peraturan 5 tahun ini meliputi rumah yang diniagakan pada atau selepas 1 Februari 2014. Dengan erti kata lain, ia tidak akan di belakangkirakan(retrospektif), tetapi akan hanya ke atas Perjanjian Jual dan Beli yang ditandatangani pada atau selepas 1 Februari 2014.

C. Pembelian oleh Bukan Warganegara

 Bukan warganegara hanya boleh membeli hartanah di Pulau Pinang yang melebihi RM1juta dan bagi tanah dan bangunan di Pulau mesti melebihi RM2 juta.

Semua pembelian hartanah oleh bukan pemastautin akan dikenakan fi kebenaran 3% atas harga transaksi untuk Perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandatangai pada atau selepas 1 Februari 2014.

 Pengecualian diberikan kepada pembelian bagi tujuan industri atau tujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan, pendidikan, bakat manusia atau mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar.

D. Fi kebenaran 2 peratus untuk Hartanah yang dibeli selepas 1.2.2014 dijual dalam tempoh 3 tahun pertama

Fi kebenaran 2 peratus akan dikenakan ke atas penjual untuk semua hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang ditandatangani pada 1 Februari 2014. Dalam erti kata lain, ini tidak retrospektif. Hartanah yang dibeli di mana SPA ditandatangani sebelum 1 Februari 2014 tidak akan dikenakan fi kebenaran ini.

Hanya hartanah yang dibeli dengan SPA pada atau selepas 1 Februari 2014 akan dikenakan fi kebenaran 2 peratus jika dijual dalam tempoh tiga tahun.

Fi kebenaran 2 peratus ini tidak terpakai untuk perumahan mampu milik.