Persembahan paramotor sambut TPO Forum 2012

Admin
AR. Patahiyah Ismail (empat dari kanan), Lydia Ong Kok Fooi (tiga dari kiri) dan Sun Jae Park (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama juruterbang paramotor yang membuat persembahan khas di sini baru-baru ini.
AR. Patahiyah Ismail (empat dari kanan), Lydia Ong Kok Fooi (tiga dari kiri) dan Sun Jae Park
(dua dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama juruterbang paramotor yang membuat
persembahan khas di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNPenganjuran pertunjukan paramotor dan aerobik sempena penganjuran 5th Tourism Promotion Organisation (TPO) Forum 2012 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 20 September ini ternyata mendapat sambutan hebat dalam kalangan masyarakat tempatan dan juga luar negara.

Bahkan , pada hari berlangsungnya acara terbabit, lokasi pilihan di Padang Kota Lama di sini dibanjiri penduduk setempat dan pelancong asing.

Bersempena itu, 10 juruterbang telah didatangkan khas dari Kelab Aero Knights Paramator Team untuk melakukan penerbangan sambil mengibarkan bendera-bendera Malaysia, Pulau Pinang, TPO Forum 2012 dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Acara senamrobik pada pagi tersebut juga berjaya menarik hampir 2,000 penyertaan.

Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, penganjuran pertunjukan paramotor dan senamrobik tersebut adalah salah satu daripada pendekatan untuk mempromosikan TPO Forum 2012 yang semakin hampir kepada orang ramai.

“Pelbagai program telah dilakukan sebelum ini, antaranya penyerahan baju dan payung kepada pengayuh beca pada April lalu. Malah, laman sesawang TPO Forum 2012, www.aptpo.org juga telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini,’’ katanya pada ucaptama pertunjukan paramator dan aerobik bersempena TPO Forum 2012. di Padang Kota Lama baru-baru ini.

JURUTERBANG paramotor melakukan pendaratan sambil mengibarkan bendera TPO Forum 2012 yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 17 hingga 20 September 2012 ini.
JURUTERBANG paramotor melakukan pendaratan sambil
mengibarkan bendera TPO Forum 2012 yang bakal berlangsung
di Pulau Pinang pada 17 hingga 20 September 2012 ini.

Hadir sama, wakil sekretariat TPO Forum 2012. , Sun Jae Park, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi dan Ahli-ahli Majlis MPPP.

Patahiyah memberitahu, bagi tujuan promosi, MPPP mengambil pendekatan pengiklanan melalui bas yang mana sebanyak lapan bas Rapid Penang bakal ‘dibalut’ dengan mesej penganjuran TPO Forum 2012.

“Diharapkan pendekatan ini akan memberi kesan dan impak yang lebih meluas kerana semua bas-bas tersebut akan berulangalik di sepanjang laluan berbeza dengan membawa mesej ‘bergerak’ penganjuran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa beberapa acara telah disediakan sepanjang empat hari berlangsungnya TPO Forum 2012 kelak.

“ Antaranya program penanaman pokok di Taman Persahabatan (Friendship Park). Di mana hampir 68 Datuk Bandar akan menanam pokok bagi memperingati penyertaan mereka di dalam Forum.

“Acara kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan turut dipersembahkan kepada perwakilan semasa majlis