Pertandingan Rumah Cantik tawar hadiah menarik

Gambar : G. REVATIC

PERAI – Sebanyak 67 rumah di sekitar Taman Kimsar di sini berentap dalam Pertandingan Halaman Rumah Tercantik dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Chai Leng, M. Thuraisingam yang mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan berkaitan berkata, ia adalah sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang ke arah sebuah negeri yang Hijau, Bersih, Sihat dan Selamat.

“Pertandingan ini akan berlangsung sehingga September dan pertama kali diadakan.

“Pemenang kedua bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 dan ketiga, RM100,’’ ucapnya dalam Majlis Perasmian Pertandingan Halaman Rumah Tercantik di sini baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud, Ahli Majlis MPSP, David Marshel dan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jusni Ismail.

Bersempena penganjuran berkaitan, Ramasamy menyeru penduduk sekitar supaya menjaga kebersihan sungai dengan tidak membuang sampah ke dalamnya.

“Malah, juga jangan menebang pokok-pokok di sekitar taman dengan sewenang-wenangnya,’’ ujar beliau.

Pada majlis berkaitan, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderawasih turut serta dalam acara menanam pokok yang turut diadakan.

if (document.currentScript) {