Warga emas dapat air bersih

PENANTI – Bertindak menerusi maklum balas yang diterima dalam tempoh 48 jam, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya membantu menyalurkan bekalan air bersih ke kediaman warga emas, Lim Ching Chuen, 78, di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Ching Chuen yang menetap di Mukim 20, Kubang Ulu di sini menggunakan air perigi sejak 25 tahun lalu ekoran ketidakupayaan beliau membaca dan menulis bagi mendapatkan bantuan diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. Jaseni Maidinsa berkata, selain kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP juga memberikan penggunaan 30,000 liter pertama air percuma setiap bulan kepada Ching Chuen.

“Pada masa sama, kami (PBAPP) juga membantu beliau mendapatkan bantuan menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin sebagai sebahagian daripada tanggungjawap sosial korporat sosial (CSR)

syarikat,” katanya ketika meninjau kerja-kerja penyambungan paip di kediaman Ching Chuen di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik.