Pertemuan singkat tapi bermakna

Oleh: AHMAD ARAFAT ESAH


USAHASAMA… Duta Besar Jerman ke Malaysia, Holger Michael dan Konsul Jeneral Jerman, Datuk Herbert Weiler melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Walaupun merupakan pertemuan singkat, namun, ia cukup bermakna bagi kedua-dua pihak apabila perbincangan membabitkan usahasama diketengahkan.

Serentak itu, Guan Eng juga mempelawa negara Jerman supaya dapat turut serta mempromosikan budaya negara berkenaan di negeri ini antaranya, menerusi acara tahunan, Penang October Fest yang lazimnya turut disambut meriah oleh kepelbagaian masyarakat di sini.