Pesta Orkid 2011 pamer 35 spesis orkid dunia

BETTY Chew (kanan sekali) melihat pokok orkid di Taman Botani bersama Majimor Sharif (dua dari kanan) di samping Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif (tiga dari kanan) bersempena penganjuran Pesta Orkid Negeri Pulau Pinang 2011, di sini baru-baru ini.

TERPEGUN… Rata-rata pengunjung yang datang ke Pesta Orkid Negeri Pulau Pinang 2011 sangat terpesona dengan pelbagai jenis spesies bunga orkid yang didatangkan khas untuk jualan kepada umum dengan harga yang sangat berpatutan.

Difahamkan, sebanyak 300 pokok daripada 35 spesies orkid telah dibawa oleh pengusaha seluruh pelosok negeri ini bagi menjayakan pameran, pertandingan dan jualan yang dianjurkan dengan kerjasama Federation Of Malaya Orchid Society (FOMOS) dan Jabatan Botani Pulau Pinang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Majimor Sharif dan turut dihadiri oleh isteri Ketua Menteri, Betty Chew.