Pesta Pulau Pinang kembali!

‘EURO Fun Park’ salah satu daya tarikan utama muda-mudi ke Pesta Pulau Pinang.
‘EURO Fun Park’ salah satu daya tarikan utama muda-mudi ke
Pesta Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pesta Pulau Pinang kini kembali lagi saban tahun bagi memeriahkan musim cuti persekolahan dengan pengisian pelbagai acara menarik bermula 28 November 2011 sehingga 1 Januari 2012 dari 6 petang sehingga 11.30 malam setiap hari.

Selain pertunjukkan khas artis jemputan, terdapat juga tayangan dan pameran 3D serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak untuk berhibur di Taman Hiburan ‘Euro Fun Park’ yang disediakan khas oleh pihak penganjur.

Pesta yang diadakan selama 35 hari ini turut dimeriahkan dengan kepelbagaian gerai jualan dan makanan untuk pengunjung membeli-belah dan menikmati makanan yang terkenal di Pulau Pinang.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang. Maklumat lanjut dan berita terkini boleh diperoleh melalui lama sesawang, http://www. facebook/PestaPulauPinang.