PPSB kongsi lima langkah pulih operasi perniagaan di pelabuhan

Admin

 

BAGAN DALAM – Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) hari ini mengumumkan lima strategi pemulihan utama bagi mengembangkan kembali sektor perniagaan di pelabuhan, yang sebelum ini turut terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah PPSB, Sasedharan Vasudevan memberitahu perkara tersebut dalam sesi taklimat ringkas sempena lawatan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi ke pelabuhan tersebut pada pagi tadi.

Menurut Sasedharan, strategi pertama adalah mempromosi secara agresif mengenai pelabuhan kapal dalam had pelabuhan Pulau Pinang merangkumi semua pelabuhan di bawah PPSB.

“Strategi kedua adalah mempromosi serta menjana pendapatan baharu dari simpanan lama import yang kosong di halaman NBCT, dengan mekanisme tawaran khas.

“(Strategi ketiga,) kami juga adalah untuk mendekati pihak kapal pengirim dalam papan utama di Selatan Thailand, seperti Panel Plus Company Limited yang ketika ini menjadikan Pelabuhan Songkhla (sebagai tempat letak kargo mereka) ke Pulau Pinang dengan memperkenalkan insentif seumpama tempoh penyimpanan percuma atau kadar pengendalian khas, ruang gudang dan sebagainya.

“Seterusnya, (strategi keempat adalah) kita berhasrat untuk bekerja dalam satu pasukan dengan memberi keutamaan kepada pihak barisan operator utama demi meningkatkan lebih banyak aktiviti pelabuhan serta panggilan (untuk berlabuh) meliputi semua pelabuhan di bawah MMC Corp. Berhad.

“(Strategi kelima dan) terakhir, akan adanya acara menandatangani (perjanjian) antara kumpulan inisiatif (iaitu PPSB) dan barisan operator utama untuk mencipta nilai tambah baharu kepada pelanggan serta membolehkan mereka meningkatkan lagi jumlah kapasiti muatan dan penghantaran yang lebih banyak di semua pelabuhan di bawah MMC Corp Berhad,” jelasnya pada sesi lawatan delegasi berkaitan ke Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada 16 Mei 2020.

Sebelum itu, rombongan Kon Yeow disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Datuk Tan Teik Cheng dan Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PPSB, Khairol Ikram Salamat.

Turut serta, Exco Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Abdul Halim Hussain; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari; Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh; Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Sr. Rozali Mohamud .

Ketika berucap, Kon Yeow menzahirkan penghargaan kepada PPSB kerana telah mengambil langkah melancarkan lima strategi pemilihan pasca COVID-19, tanpa menunggu syor-syor daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

“Saya faham bahawa tidak mudah untuk beroperasi pada masa-masa yang begitu mencabar ini (iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB) kerana sempadan negara masih dekat dan perkara yang sama berlaku di negara jiran kita, maka, dengan itu mempengaruhi operasi syarikat (PPSB).

“Tetapi, Kerajaan Negeri senantiasa ada di sini untuk membantu semua sektor yang terlibat untuk kembali maju dan membangunkan ekonomi negeri secara bersama-sama,” ulasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) Pulau Pinang ketika dibawa melawat menara kawalan NBCT.

Kon Yeow dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada pentadbiran PPSB kerana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang begitu ketat demi melindungi keselamatan serta kebajikan pekerja-pekerja, selain bertujuan memutuskan semua rantaian perebakan wabak COVID-19.

Selepas itu, rombongan Kon Yeow turut mengadakan lawatan ringkas ke terminal feri Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth bagi meninjau operasi perkhidmatan ketika PKPB.

Rombongan berkenaan disambut oleh Ketua Rapid Ferry Sdn. Bhd. (Rapid Ferry), Osman Amir.

Menurut Osman, ketika ini, syarikat (Rapid Ferry) mengurangkan kapasiti perkhidmatan pengangkutan awam laut pada dua feri sahaja dengan frekuensi daripada 20 minit hingga 30 minit, kerana mengambil kira jumlah penumpang semasa yang begitu rendah.

“Sebilangan besar penduduk Pulau Pinang juga masih bekerja dari rumah, dan ini juga menjadi sebab penurunannya (jumlah penumpang semasa).

“Kita (Rapid Ferry) juga masih berusaha daripada segi kos operasi, dan kita (Rapid Ferry) cuba melakukan yang terbaik untuk mengoptimumkan perkhidmatan semasa,” katanya.

Osman menyatakan bahawa syarikat itu juga mengambil langkah-langkah memutuskan semua rantaian perebakan COVID-19, seperti kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman pada semua bahagian fiskal feri serta terminal secara berterusan, selain program pendidikan kesedaran mencetak risiko wabak dalam kalangan kakitangan dan pelanggan.

Rombongan Kon Yeow turut dibawa menaiki feri ke terminal feri Pengkalan Raja Tun Uda dekat Weld Quay untuk melihat dengan lebih dekat mengenai pelaksanaan SOP berwajib ketika PKPB.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS