Program amal gunting rambut

JASON Ong Khan Lee (dua dari kanan) bersama barisan penganjur menunjukkan tanda bagus
JASON Ong Khan Lee (dua dari kanan) bersama barisan penganjur menunjukkan tanda bagus

Oleh: WATAWA NATAF  ZULKIFLI

KEBUN BUNGA – Hasrat murni 16 pelatih sebuah salon tempatan bagi menjayakan program amal menonton wayang sambil gunting rambut anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh reaksi positif 250
penduduk Rumah Pangsa Padang Tembak di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee berkata, program tersebut dianjurkan pihaknya dengan inisiatif penuh Pusat Saloon Passion sejak Januari tahun ini.

Program yang diadakan bagi membantu penduduk Rumah Pangsa Padang Tembak mendapat pemotongan rambut secara percuma diadakan pada bulan ganjil bermula Januari lalu.

“Selain perkhidmatan gunting rambut percuma, penduduk yang turut serta juga diberi bekalan sarapan dan pada masa sama dapat menonton wayang di lokasi,’’ katanya ketika mengulas lanjut berhubung program dijalankan.

Dalam pada itu, selain aktiviti kemasyarakatan, Khan Lee turut menyatakan bahawa aspek keselamatan dan keindahan kawasan setempat turut ditekankan pihaknya.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan sedia ada, kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di Blok C manakala Blok J masih dalam proses.

“Pengecatan bangunan rumah pangsa juga sedang dijalankan secara berperingkat bagi mengindahkan bangunan sedia ada,” ujar beliau.