PTPTN, kerajaan lebih teruk daripada ‘Along’ – Kumaresan

Oleh: AINUL WARDAH SOHILI

BAYAN BARU –  Isu Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali hangat apabila langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). CCRIS dikenakan ke atas peminjam PTPTN yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada ‘Along’.

Begitulah luahan Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam di sini barubaru ini.

“Melalui CCRIS, Kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan.

“Mereka yang ingkar untuk membayar pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sebagainya.

“Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman,” ujar Kumaresan barubaru ini.

Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank.

Tambahnya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan  membebankan seperti ini.

“Buat masa ini, ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menegaskan dengan kadar inflasi Negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya Kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra rakyat maka ianya  juga sama seperti ‘Along’ yang mengutip semula hutang