Pupuk semangat kekitaan demi kebersihan awam

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

B E B E R A PA p e n d u d u k setempat gigih membersihkan kawasan di sekitar surau P e r m a t a n g Rawa dalam p r o g r a m gotong-royong di sini barubaru ini.
BEBERAPA penduduk setempat gigih membersihkan
kawasan di sekitar surau Permatang Rawa dalam
program gotong-royong di sini baru-baru ini.

SEBERANG JAYA – Kira-kira 100 individu terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pejabat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan penduduk sekitar Permatang Rawa menyertai acara gotong-royong yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Seberang Jaya, Abdul Jalil Che Ros, program membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam dan surau di Permatang Rawa tersebut adalah untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang lebih bersih dan hijau.

“Malah, kita adakan program ini untuk pupuk semangat kekitaan dalam kalangan penduduk setempat,” ujar beliau yang bercadang untuk menjadikan aktiviti gotong-royong berkenaan sebagai acara rutin hujung minggu atau cuti am.

Tambah beliau lagi, selain mengeratkan hubungan silaturahim, aktiviti gotong-royong yang dianjurkan juga mampu memupuk kesedaran dan semangat mencintai alam sekitar.

“Pentingnya menjaga kebersihan awam adalah untuk keselesaan semua,” ujar beliau yang turut serta dalam gotong-royong tersebut baru-baru ini.