QNET pilih P. Pinang anjur konvensyen tahunan

Admin

TUMPUAN… Peserta dari 60 negara berkumpul di negeri ini sempena penganjuran konvensyen tahunan sebuah syarikat jualan langsung QNET baru-baru ini.

Majlis diberi nama V-Malaysia 2014 tersebut dilangsungkan selama lima hari bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada lebih 10,000 pengedar QNET seluruh dunia terutamanya bagi peserta baru menjalani kursus intensif pembangunan diri dan mengenali jenama baru QNET iaitu sejenis produk kesihatan dan gaya hidup sihat.

Hadir menyempurnakan upacara pembukaan konvensyen adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Hadir sama, Pengasas QNET merangkap Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Sri Vijay Eswaran yang juga anak jati Pulau Pinang, Pengerusi QNET Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Pengarah Urusan QI Group, Joseph Bismark.

Guan Eng berkata, konvensyen tersebut bukan sahaja membawa usahawan berbakat dari seluruh dunia ke Malaysia, sebaliknya, telah menaikkan profil Pulau Pinang sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Majlis pembukaan konvensyen bertambah menarik apabila diserikan dengan perarakan pakaian kebangsaan warna-warni perwakilan dari 60 negara.