Rakaman bukti Guan Eng kata “terancam” bukan “dirobohkan”

Admin
ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man, ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman, ADUN Air Putih yang juga Ketua Menteri, ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy menunjukkan dokumen pada sidang media berhubung perobohan kuil Hindu oleh PPSB.
ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man, ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman, ADUN
Air Putih yang juga Ketua Menteri, ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy menunjukkan dokumen
pada sidang media berhubung perobohan kuil Hindu oleh PPSB.

GEORGE TOWN“Kalau ini boleh berlaku sebelum pilihanraya, selepas Pilihanraya (umum) ke-13, sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil terancam.”

Demikian rakaman asal Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang didedahkan oleh Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain.

Pendedahan itu sekaligus menjawab tuduhan pembangkang kononnya Speaker cuba bersikap bias serta cuba melindungi Guan Eng daripada diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada sesi persidangan di sini.

“Saya tolak sebab usul itu pun tidak betul. Yang disebut Ketua Menteri (adalah) ‘terancam’… diulang sebanyak dua kali lagi.

“Kedua fakta itu pun tak betul dan tak perlu disegerakan kerana bukan untuk kepentingan orang ramai,” ujar Abdul Halim pada satu sidang akhbar di DUN Pulau Pinang, di sini

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Jasmin Mohamed mengemukakan satu usul bagi mengheret Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas anggapan Ketua Menteri itu mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan; tetapi ditolak oleh Speaker DUN.

Beliau menggunakan Perkara 34.8 Akta Peraturan Mesyuarat, iaitu usul tanpa notis kononnya membabitkan kepentingan awam yang mesti disegarakan untuk diperbincangkan di dewan.

Ketua Pembangkang merangkap ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim cuba mempertahankan usul itu sebelum mengajak semua ADUN pembangkang lain meninggalkan dewan.

Sehari sebelum itu, mereka turut bertindak keluar dari dewan kerana menganggap Speaker tidak adil semasa mengendalikan mesyuarat dewan.

Azhar dalam reaksi spontan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa wujud unsur manipulasi hansard DUN dan berhasrat untuk membuat laporan polis.

Abdul Halim ketika diminta mengulas hal itu berkata, kenyataan semua wakil rakyat di DUN mempunyai imuniti di sisi undang-undang.

Pun begitu, katanya, pihak polis hatta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh mendapatkan m a k l u m a t  d a r i p a d a n y a mengenai kentroversi isu berwajib itu.

“Kita pergi pada fakta. Apa takutnya? Apa yang benar, maka ia benar. Tidak ada (manipulasi), Ini dewan, institusi yang dipercayai oleh rakyat, sama seperti badan perundangan.

“Perkataan yang disebut ada emuniti. Itulah peranan speaker untuk menyemak kenyataan m e r e k a . P o l i s  b o l e h mendapatkan maklumat, itu sahaja,” ujarnya Abdul Halim.