Ribuan hadirin sertai TYT, isteri ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bertam

Admin
img 9066 TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak, isteri dan barisan pemimpin Kerajaan Negeri merakamkan gambar kenangan bersama-sama pemimpin komuniti setempat yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran ADUN Bertam, Reezal Merican Naina Merican di Bertam Square di sini pada 5 Mei 2024.

BERTAM – Lebih 5,000 orang sertai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican di Bertam Square pada 5 Mei 2024.

Kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Noor sebagai tetamu kehormat menambahkan lagi seri pada majlis keramaian tersebut.

img 9050
TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri merupakan tetamu kehormat paling utama semasa majlis jamuan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di sini tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid; Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari serta Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol.

img 9056
REEZAL Merican Naina Merican

Semasa berucap, Reezal Merican yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas menzahirkan rasa syukur atas semangat muhibah rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Selain itu, beliau turut mengajak hadirin merakamkan bacaan al-Fatihah serta bertafakur atas kematian kanak-kanak di bumi bergolak Palestin yang ketika ini mencecah hampir 30,000 orang.

“Puluhan ribu anak-anak yang tidak berdoa telah syahid akibat kekejaman Zionis-Israel.

“Sehubungan itu, marilah bersama-sama kita menghadiahkan al-Fatihan kepada saudara-saudara selama kita, bertafakur bagi mereka yang bukan beragama Islam.

“Marilah kita memanjatkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi bersama khususnya di Kawasan Parlimen Kepala Batas dan KADUN Bertam ini,” jelasnya lagi.

ba67c2d7 f8ec 4241 b2d9 399e512b4600
PERCIKAN bunga api sebagai gimik perasmian pembukaan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran ADUN Bertam di sini tadi.

Percikan bunga api selama kira-kira 10 minit serta nyanyian lagu kebudayaan antara persembahan pentas menarik di sini pada malam ini.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB