RUFP, raikan bakat belia tempatan dalam sukan ekstrim & aktiviti santai

EKSTRIM…Kira-kira 150 individu mengambil bahagian dalam ‘Ramp Up Festival Penang 2018‘ (RUFP) yang diadakan pada 15 Disember lalu.
 
Menurut Pengarah Khidmat Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Rashidah Jalaludin, festival yang berkonsepkan santai dan pertemuan (gathering) turut menyelitkan acara sukan ekstrim khas untuk belia.
SALAH seorang peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti grafitti di sini.
“Antaranya acara ‘in-line roller blade‘, trik papan selaju dan acara basikal ‘BMX Park‘.
 
“Selain sukan ekstrim, turut diadakan aktiviti mengecat dinding atau grafitti secara langsung serta persembahan ‘breakdance‘ dan ‘rap battle‘,” katanya.
 
Difahamkan festival ini adalah bagi mengetengahkan bakat-bakat belia tempatan dalam sukan ekstrim, seni ‘wall-art‘ dan budaya ‘hip-hop‘.
 
Dianjurkan dengan usahasama Persatuan Sukan Ekstrim Pulau Pinang, Ingenious Production & Miyasaka Project, festival ini turut mendapat sambutan pengunjung di Skate Park, Taman Bandaraya.
RASHIDAH Jalaludin (dua dari kanan) teruja mendengar rentak rap daripada salah seorang peserta yang menyertai ‘rap battle’ baru-baru ini.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : JAB. KEMASYARAKATAN, MBPP