Sambutan bulan-bukan al-Quran 1432H

Admin

 

GEORGE TOWN – Sambutan bulan-bulan Al-Quran 1432H kini rancak dijalankan sepanjang Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini. Bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah, sambutan ini adalah kesinambungan sambutan tahun lalu dalam menghidupkan kemuliaan bulan-bulan dalam kalender Islam sekaligus mengangkat martabat Al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan umat Islam.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malik Abul Kassim menyatakan dalam perutusan beliau, Kerajaan Negeri tidak pernah menganaktiri dan menzalimi segala hal yang berkaitan dengan Islam malah memberi sokongan padu dalam memastikan pembangunan agama Islam selaras dengan pembangunan negeri. Hal ini dapat dilihat dengan pertambahan peruntukkan hal ehwal agama Islam, tambahan elaun kepada guru-guru KAFA, penghargaan kepada para huffaz dan ijtimak huffaz dan menaikkan elaun bilal dan siak sebanyak 80%.

Pada Sambutan Bulan-bulan Al-Quran tahun ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menyediakan pelbagai aktiviti ilimiah antaranya Program Masyarakat Mendekati Al-Quran di lima buah daerah di Pulau Pinang, Seminar Al-Quran (2 Julai 2011, di Dewan Sri Pinang) yang bertemakan ‘Keindahan Al-Quran Cerminan Masyarakat Islam’, Kelas Bahasa Al-Quran, hafazan dan talaqqi Al-Quran serta bacaan kitab Mukhtasar Itqan Fi’Ulum Al-Quran.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi JHEAIPP di talian 04-263 7200 atau emel kepada Puan Mariah Ismail di [email protected] atau Muhamad Sayuti Omar di [email protected] .