Sambutan khas Maulidur Rasul di Nibong Tebal

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

MOHD. Zikri Mohd. Rosli (dua dari kanan) menerima plat kemenangan daripada Maktar Shapee selepas diumumkan johan Pertandingan Alunan Azan bersempena sambutan Maulidur Rasul di sini baru-baru ini.
MOHD. Zikri Mohd. Rosli (dua dari kanan) menerima plat kemenangan daripada Maktar Shapee selepas diumumkan johan Pertandingan Alunan Azan bersempena sambutan Maulidur Rasul di sini baru-baru ini.

SAMBUTAN KHAS… Bertemakan ‘Kami kasih. Kami cinta. Kami sayang Nabi Muhammad S.A.W’, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Kechil, Nibong Tebal telah mengambil inisiatif khas untuk mengadakan acara sambutan khas sempena Maulidur Rasul 1433H/2012M di sini baru-baru ini.

Selain pertandingan Alunan Azan, turut diserikan adalah perarakan (disertai kira-kira 100 penduduk kampung sekitar) dan alunan zikir serta selawat. Dalam pada itu, adik Mohd. Zikri Mohd. Rosli, 11, telah dinobatkan sebagai Mu’aazin Terbaik dalam Pertandingan Alunan Azan yang dianjurkan.

Majlis yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee itu turut mengadakan pemberian wang zakat kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Hadir sama, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar.