Sambutan luar biasa rumah terbuka TKM I

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

PENANTIKira-kira 5,000 tetamu mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu di sini baru-baru ini.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti ternyata teruja dengan sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat yang sama-sama hadir memeriahkan berkenaan. Pelbagai juadah tradisional Melayu seperti lemang, nasi impit, rendang, satay dan mee kuah ketam dihidangkan.

Majlis sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut serta menyampaikan sampul duit raya kepada kira-kira 1,000 kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II, Profesor Dr. P. Ramasamy serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

ANTARA tetamu yang tidak mahu ketinggalan bergambar bersama Wan Azizah Wan Ismail (empat dari kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H Timbalan Ketua Menteri I di sini baru-baru ini
ANTARA tetamu yang tidak mahu ketinggalan bergambar bersama Wan Azizah Wan Ismail (empat dari kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H Timbalan Ketua Menteri I di sini baru-baru ini