‘Semangat Raya’ di Seri Mutiara

‘SEMANGAT RAYA’… Sudah menjadi kelaziman tatkala menjelang 1 Syawal, Aidilfitri disambut dalam suasana gembira bersama-sama sanak saudara dan rakan taulan.

Di kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, sambutan Hari Raya tahun ini disambut sederhana namun tetap meriah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang mengenakan busana batik rona merah ditemani isteri, Puan Tan Lean Kee hadir ke Seri Mutiara bagi memenuhi undangan khas Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff pada pagi Hari Raya pertama, 15 Jun lalu.

Turut mengiringi beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dan isteri, Datin Seri Hamidah Mat Daud.

Selain berkongsi cerita sama ada hal ehwal negeri mahupun sambutan Aidilfitri, tetamu undangan turut berpeluang menikmati juadah istimewa yang disajikan khas sempena Hari Raya.