Seramai 500 individu memerlukan terima sumbangan tajaan INV New Material Technology 

Admin
whatsapp image 2025 06 20 at 19.33.09 (1)

PINANG TUNGGAL – Seramai 500 individu memerlukan dalam kawasan Perlimen Kepala Batas menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh syarikat INV New Material Technology Malaysia Sdn. Bhd. (INV New Material).

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Zainudin Mohamed dalam majlis yang berlangsung dekat Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Kailan dekat Paya Keladi, di sini pada 20 Jun lalu.

Semasa berucap, Zainuddin berkata bahawa INV New Material telah membina kilang pemisah litium di Taman Teknologi Pulau Pinang melalui pelaburan sebanyak RM6.4 bilion.

Beliau berkata, pelaburan tersebut bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Kepala Batas dan kawasan sekitar tetapi turut memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

whatsapp image 2025 06 20 at 19.33.10 (2) whatsapp image 2025 06 20 at 19.33.09whatsapp image 2025 06 20 at 19.33.08 (1)

“Inilah salah satu manfaat yang dapat dinikmati rakyat melalui pembangunan Taman Teknologi @Bertam, Pulau Pinang yang telah diinisiatifkan oleh pihak swasta dengan kelulusan kebenaran merancang daripada MBSP

“Kita (MBSP) tidak pernah meluluskan apa-apa projek pembangunan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya mengambil kira manfaat yang akan dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang, terutamanya komuniti setempat.

“Memang tidak dinafikan bahawa setiap pembangunan yang dijalan pasti akan ada kesan negatif dan positif tetapi kita yakin projek taman teknologi ini pastinya akan membawa lebih kebaikan kepada penduduk di negeri ini, terutamaya melalui program CSR seperti yang dilaksanakan oleh INV New Material,” katanya.

Hadir sama, wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Dato’ Ahmad Darus, Ketua Pegawai Eksekutif INV New Metarial Technology Malaysia Sdn. Bhd., Liew Rui dan Pengetua SMK Dato Kailan, Norliza Zakaria.

Sementara itu, Liew Rui berkata kejayaan perjalanan syarikat itu bukan hanya bergantung kepada pengembangan perniagaan semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh hubungan baik dengan masyarakat setempat.

“Justeru, sempena penubuhan syarikat di sini, kami melancarkan CSR sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam komunit Kepala Batas kerana kami juga mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan.

“Saya percaya, program yang diadakan ini akan dapat membantu membina hubungan positif antara syarikat dan komuniti di sini,” katanya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD