Sesi dialog & penerangan projek ‘meremajakan’ semula bangunan kediaman, 31 Jan.

DATUK KERAMAT – Sesi dialog dan penerangan berhubung pembangunan semula bangunanbangunan kediaman lama di Taman Free School bakal diadakan pada 31 Januari ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo ketika mengumumkannya berkata, sesi dialog tersebut adalah bertujuan memberi penerangan mengenai projek ‘meremajakan’ semula bangunan kediaman kos rendah (KR) yang ‘berusia’ di negeri ini di bawah Jawatankuasa Khas Pembangunan Semula Bandar.

“Jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan rumah pangsa di Taman Free School sebagai perintis projek menaik taraf bangunan lama di Pulau Pinang,” katanya selepas mengedar kalendar tahun baru 2016 di Pasar Taman Free School di sini barubaru ini.

Menurut Jagdeep, Taman Free School kini mempunyai 1,250 unit rumah dengan keluasan 500 kaki persegi (k.p) dan akan dibangunkan semula menjadi rumah yang berkeluasan 700 k.p lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Saya percaya melalui projek ini, ia akan mewujudkan suasana dan kualiti hidup yang lebih baik kepada penduduk sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui HAPPY! (Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang),” jelasnya.

Mengulas lanjut, Jagdeep memberitahu bahawa tiga projek perumahan KR yang lain turut dikenalpasti untuk ‘diremajakan’ semula.

“Antaranya, rumah pangsa di Jalan Mahsuri, Bayan Baru; di Mak Mandin dan Ampang Jajar di Seberang Perai dan (di) Padang Tembak, Air Itam.

“Saya berharap dengan adanya sesi dialog dan penerangan ini, penduduk yang terbabit khasnya akan lebih memahami bidang tugas jawatankuasa khas berkaitan, sekaligus tahu apa itu projek ‘meremajakan’ semula bangunan kediaman lama sebagaimana dilakukan di Singapura, Hong Kong dan Jepun.

“Sekiranya berjaya dan berjalan lancar, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang melaksanakannya,” jelasnya.

Jawatankuasa Khas Pembangunan Semula Bandar atau Urban Regeneration Committee turut dianggotai Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air & Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi), Lim Hock Seng serta agensi-agensi kerajaan dan swasta berwajib.

} else {