SJKC Kheng Tean terima 5 komputer riba baru

BATU LANCHANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Law Heng Kiang baru-baru ini menyerahkan lima komputer riba bernilai RM10,000 kepada pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kheng Tean di sini.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Pelancongan memberitahu bahawa sumbangan unit-unit komputer riba itu adalah susulan permohonan daripada pentadbir sekolah untuk kegunaan pelajar.

“Kita (Pusat Khidmat Batu Lanchang) tahu bahawa sekolah ini perlu meningkatkan kemudahan asas untuk kegunaan pelajar.

“Oleh yang demikian, kami cuba sedaya-upaya untuk membantu sekolah ini,” ujarnya pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Batu Lanchang di sini baru-baru ini.

Justeru, Heng Kiang berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi meningkatkan kemahiran teknologi maklumat, bersesuaian dengan era digital masa kini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Kheng Tean, Chong Khim Hai.