Skuad para memanah Pulau Pinang tambah koleksi pingat pada hari terakhir kejohanan

img 7093 AKSI bertenaga Anis Humairaa Mohd. Rasli sebelum maraih pingat emas bagi pusingan 50 meter (m) kompaun perseorangan wanita (PI 2) sempena Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor di arena kejohanan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Shah Alam pada awal pagi tadi (10 September 2026).

SHAH ALAM, SHAH ALAM – Hari terakhir Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor menyaksikan dominasi skuad para memanah Pulau Pinang apabila mereka terus menambah koleksi pingat di arena kejohanan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), di sini.

Kejayaan itu dimuktamadkan menerusi saingan akhir pusingan 50 meter (m) kompaun perseorangan wanita (PI 2) yang menyaksikan pertarungan sengit antara dua atlet wakil negeri berkenaan bagi merebut takhta kejuaraan.

Anis Humairaa Mohd. Rasli akhirnya berjaya merangkul pingat emas selepas menundukkan rakan sepasukannya, Nurqurratu Aini Abdul Wahab dengan kelebihan hanya satu mata.

Nurqurratu Aini terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatatkan 129 mata secara keseluruhan.

Kejayaan tidak terhenti setakat itu sahaja, apabila atlet bagi 50m pusingan beregu compound lelaki PI 2 menyumbang satu lagi pingat emas kepada skuad para memanah negara. Regu negeri, Airil Yusuff Anuar dan Muhammad Hamzah Abdul Halim berjaya menewaskan pencabar dari Johor, Mohamad Harith Syafi Syarizam dan Muhammad Nazri Ariffin, dengan jumlah keseluruhan mata 139-130.

img 7091
NURQURRATU Aini Abdul Wahab

Sebelum ini, pada Isnin lepas, Nurqurratu Aini mencanting rekod keemasan buat kontinjen Pulau Pinang apabila meraih pingat emas pertama dalam acara kompaun perseorangan wanita.

Beliau menamatkan saingan di kedudukan teratas (Ranking 1 daripada 14 peserta) dengan himpunan 644 mata, termasuk 15 kali catatan 10 dan lapan kali catatan X.

Pencapaian cemerlang itu sekali gus memadamkan rekod lama 639 mata milik pemanah Perak, Nor Sa’adah Abdul Wahab, yang dicatatkan pada edisi Para SUKMA 2018.

Dua lagi pemanah Pulau Pinang yang bersama-sama memburu kedudukan dengan Nurqurratu Aini turut menampilkan pemandangan aksi bertenaga dalam acara yang sama. Anis Humairaa berjaya menduduki tempat ke-6 dengan 597 mata, manakala Amira Firdiana berada di kedudukan ke-7 selepas mengumpul 591 mata daripada 14 keseluruhan peserta.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : AINUR SYAHIRAH ANUAR