Skuter elektrik jadi rebutan Eco Challenge Treasure Hunt 2012

MOTOSIKAL berkuasa elektrik yang menjadi rebutan.
MOTOSIKAL berkuasa elektrik
yang menjadi rebutan.

GEORGE TOWN – Sebuah skuter berkuasa elektrik bernilai RM11,000 menjadi rebutan para peserta cabutan bertuah pertandingan Penang Green Expo 2012 – Eco Challenge 2012 Treasure Hunt yang julung kali bakal diadakan pada 22 hingga 23 September ini di Penang International Sports Arena (PISA) di sini.

Hadiah tersebut adalah tajaan sebuah syarikat pembekal skuter elektrik, Eclimo Marketing Sdn. Bhd.. Selain itu, pertandingan yang julung kali diadakan itu turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM40,000.

Pengerusi Penang Green Citizenship, Ng Wei Aik berkata, program tersebut dianjurkan oleh Penang Green Council dan EZIVoucher selaku penganjur bersama b a g I membolehkan para peserta mempunyai fahaman lebih mendalam tentang pameran serta aktiviti permainan interaktif di lokasi penganjuran.

“Hanya 20 pasukan (empat orang mewakili satu pasukan) terawal akan dipilih. Pasukan terpilih kemudian dibahagikan kepada dua sesi pertandingan secara sama rata. Tiga pasukan yang memperoleh jumlah mata tertinggi layak untuk memasuki pertandingan akhir yang dijangka diadakan pada 23 September ini,’’ katanya pada majlis siding media ketika menggantikan Pengerusi Penang Green Expo 2012, Teh Yee Cheu berhubung pengumuman program tersebut di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen, Pengarah EZIVoucher, Clarence Leong dan Pengarah Eclimo Marketing Sdn. Bhd., Nian.

Menurut Wei Aik, pelbagai hadiah eksklusif turut menanti para pemenang termasuk wang tunai, baucer tunai, hamper bernilai lebih RM5,000 sumbangan Penang Turf Club, G Hotel, Eastin Hotel, CHT Manufacturing Sdn. Bhd., Jviss Hair Beauty, Wisdom Touch dan Deebeauty.

Sebarang maklumat lanjut layari laman sesawang, http://www.ezivoucher.com atau hubungi Penang Green Council di talian 04 – 650 5112.