SMK Dato’ Onn kekal juara Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang 2011

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GURU-guru dan pelajar-pelajar SMK Dato’ Onn dan SJKC True Light bergambar kenangkenangan selepas masingmasing dinobatkan juara kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang 2011 di sini barubaru ini.
GURU-guru dan pelajar-pelajar SMK Dato’ Onn dan SJKC True Light bergambar kenang-kenangan selepas masingmasing dinobatkan juara kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang 2011 di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Buat dua tahun berturut-turut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn dinobatkan sebagai johan Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang bagi kategori sekolah menengah. Anugerah yang dipertandingkan telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Negeri sebagai sebuah program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Bagi tahun 2011, program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari sekolah-sekolah rendah. Malah bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) True Light, penyertaan kali pertama tersebut amat bermakna dan manis apabila dinobatkan sebagai johan bagi kategori sekolah rendah.

Menurut Ketua Juri, Azman Lot, tujuan program ini ialah untuk menerimapakai pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalakkan penambahbaikan alam sekitar.

anugerahsekhijau

Tambah beliau lagi, penilaian bagi Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang merangkumi 10 kriteria iaitu amalan 3R (Reduce, Recycle, Reuse), penggunaan sisa makanan, penggunaan minyak masak terpakai dan bahan pembersih dalam penjanaan tenaga atau yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar, pengurangan penggunaan beg plastik, penanaman pokok, penjimatan tenaga, penjimatan air, kebersihan kawasan sekolah dan akitiviti – aktiviti lain yang kreatif dan inovatif.