SPG ganti sistem kupon lebih jimat, elak disaman

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjadi perintis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negara hasil pengenalan gajet pintar, Smart Parking Gadget (SPG) sebagai kemudahan dalam proses pembayaran nilai parkir.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini, pelaksanaan sistem berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan sejumlah 5,600 unit telah dijual kepada orang ramai.

“Pengenalan gajet ini dilihat lebih praktikal bagi menggantikan sistem kupon sedia ada kerana ia lebih menjimatkan berbanding tiket.

“Dengan gajet ini, pemilik kenderaan akan melakukan pembayaran mengikut jumlah masa ditentukan mereka.

“Jika sebelum ini bayaran minimum 40 sen setengah sejam akan dikenakan, tetapi dengan penggunaan sistem gajet elektronik ini, pemilik kenderaan hanya perlu tekan butang untuk mengaktifkannya, letakkan SPG di bahagian hadapan papan pemuka kereta ketika pemilik meninggalkan kenderaan bagi membolehkan penguatkuasa MBPP membuat pemeriksaan.

“Sesudah selesai, tutup (tekan) semula butang ketika meninggalkan petak parkir,” ujarnya pada Program Kesedaran Penggunaan SPG MBPP di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis MBPP, Joseph Ng Soon Siang, Wong Yuee Harng dan Pengurus Operasi Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd., Eric Voon.

Menurut Kon Yeow, setiap unit gajet SPG dijual pada harga RM75.

“RM50 kredit disediakan dalam gajet tersebut. Orang ramai juga boleh membeli dengan bayaran RM275 dengan jumlah kredit RM300 kredit,” jelasnya.if (document.currentScript) {