Sumbangan Aidilfitri sebagai penghargaan pasukan keselamatan negeri

TERIMA KASIH ATAS INGATAN... Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab yang hadir menerima sumbangan ‘duit raya’ khas kepada pasukan keselamatan sempena sambutan Aidilfitri mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Kerajaan Negeri.

“Pihak polis sudah tentunya gembira dan mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat terhadap kami (PDRM) sebagaimana tahun-tahun lepas.

“Bagi tahun ini, cuti anggota trafik turut dibekukan dan kami (PDRM) juga telah mengatur strategi bagi menjaga keselamatan serta lalulintas di bahagian pulau dan Seberang Perai negeri Pulau Pinang,” katanya pada majlis berkaitan.

Menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan yang masing-masing berjumlah RM10,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sambil diiringi barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Leftenan Kolonel Mohd. Yusoff Nor (Ketua Staf Markas 6 Briged) yang mewakili ATM turut melahirkan rasa syukur di atas sumbangan berkaitan.

“Sumbangan ini disumbangkan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan merupakan suatu sumbangan yang membantu pihak tentera ‘meraikan’ lagi Aidilfitri dan juga mengenang jasa-jasa anggota ATM yang bertugas di sini.

“Saya mewakili pasukan ATM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya Ketua Menteri,” ujar beliau.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);