Sumbangan beg sekolah kepada murid-murid yang kurang berkemampuan

Admin

Oleh: ZULIANA AZIZ

ABDUL Jalil Che Ros (kiri sekali) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima di rumahnya di sini barubaru ini.
ABDUL Jalil Che Ros (kiri sekali) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima di rumahnya di sini baru-baru ini.

SEBERANG JAYA – Seramai 150 murid dalam lima kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kadun Seberang Jaya telah menerima beg sekolah sumbangan daripada Yayasan Aman yang dipengerusi oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini baru-baru ini.

Lima kawasan yang terlibat ialah JKKK Tenggiri, JKKK Siakap, JKKK Semilang, JKKK Jalan Tun Hussein Onn dan JKKK Jalan Baru.

Dalam pada itu, baki 100 beg turut diagihkan kepada murid-murid bagi JKKK Kampung Pertama, JKKK Jalan Baru, JKKK Simpang Empat dan Permatang Rawa. Jumlah keseluruhan sebanyak 250 beg telah disumbangkan kepada murid-murid kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan kos harga barang yang semakin meningkat.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Kadun Seberang Jaya, Abdul Jalil Che Ros bertempat di Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh Kadun Seberang Jaya.