Sumbangan khas ceriakan murid SJK (C) Pantai Acheh

SEBAHAGIAN murid-murid dan guru-guru SJK (C) Pantai Acheh bergambar kenang-kenangan bersama Abd. Halim Hussain (barisan belakang, empat dari kanan) dan Mohamad Shawal Ahmed (barisan belakang, kanan sekali).

TELUK BAHANG – Seramai 17 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Pantai Acheh, Kuala Sungai Pinang di sini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan yang berupakan baju seragam persekolahan, beg sekolah dan kasut putih.

Bantuan tersebut adalah daripada Kerajaan Negeri dalam memartabatkan pendidikan sekaligus memberi keselesaan kepada murid-murid yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pembelajaran.

Menurut Pegawai Penyelaras KADUN Teluk Bahang, Mohamad Shawal Ahmed, Kerajaan Negeri hakikatnya amat prihatin terhadap keperluan pelajar-pelajar yang memerlukan.

Peruntukkan kelengkapan persekolahan berikut merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan dasar-dasar Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi cemerlang bukan sahaja menjadi kebanggaan Pulau Pinang malah buat Malaysia.

Turut hadir adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abd. Halim Hussain.