Sumbangan KN adil kepada semua

Admin
PHEE Boon Poh (barisan belakang kiri sekali) bergambar bersama-sama penerima sumbangan peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini baru-baru ini.
PHEE Boon Poh (barisan belakang kiri sekali)
bergambar bersama-sama penerima sumbangan peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini baru-baru ini.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

SEBERANG JAYAKerajaan Negeri sekali lagi membuktikan bahawa sumbangan kepada rakyat negeri ini adalah adil tanpa pilih kasih, mengira latar belakang serta fahaman politik.

Buktinya adalah ekoran pelaksanaan majlis penyampaian kepada golongan miskin tegar yang mana membabitkan 40 peratus penerima adalah dari Parlimen pembangkang di Kepala Batas dan Tasek Gelugor manakala 58.2 peratus adalah dari 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) pihak sama.

Kenyataan tersebut dinyatakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika menyerahkan sumbangan kepada 30 orang kurang upaya (OKU) dan tujuh miskin tegar di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Secara keseluruhan, seramai 6,247 OKU menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan daripada jumlah itu, 1,266 individu menerima secara tunai manakala 4,981 adalah melalui baucer. Jumlah penerima miskin tegar adalah seramai 816 orang sehingga Jun lalu .

Menurut Guan Eng, ekoran taraf hidup yang semakin meningkat, jumlah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ditetapkan Kerajaan Negeri bagi\ setiap isi rumah pada tahun ini telah ditingkatkan kepada RM600 dan perkapita adalah RM120 sebulan berbanding tahun sebelumnya, RM500 dan perkapita RM100 sebulan.

“Peningkatan itu adalah sebagai usaha menghapuskan kemiskinan di negeri ini secara menyeluruh tanpa membezabezakan latar belakang seseorang individu,’’ jelas beliau.

KETUA Menteri menyerahkan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak.
KETUA Menteri menyerahkan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak.