Sumbangan mesin potong pokok hadapi bencana

Admin

TELOK BAHANGSebagai langkah kontigensi menghadapi bencana dan kecemasan, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Bahang mengambil inisiatif khas menyampaikan sumbangan mesin pemotong pokok kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Telok Bahang di sini baru-baru ini.

Turut menerima sumbangan berkenaan adalah JKKK Pantai Acheh. PPK Telok Bahang, Halil Sabri Hamid berkata, sungguhpun mendapat sokongan penuh daripada pihak berkuasa seperti

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menghadapi situasi sedemikian, namun, diharapkan JKKK turut dapat serta untuk membantu dalam operasi bencana.

“Kita tidak tahu bila akan berlaku bencana, jadi diharapkan sumbangan mesin ini boleh digunakan untuk membantu mangsa ataupun pihak-pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ketika kejadian bencana serta kecemasan.

“Ini termasuk kejadian ribut yang acapkali melanda kawasan sini,’’ katanya ketika lawatan beliau ke JKKK Telok Bahang di sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diterima Pengerusi JKKK Telok Bahang, Mohd. Amin Nordin.

HALIL Sabri Hamid (kanan) menyampaikan mesin pemotong pokok beserta peralatan lengkap kepada Mohd. Amin Nordin ketika lawatan beliau ke JKKK Telok Bahang di sini baru-baru ini.
HALIL Sabri Hamid (kanan) menyampaikan mesin pemotong pokok beserta
peralatan lengkap kepada Mohd. Amin Nordin ketika lawatan beliau ke JKKK Telok Bahang di sini baru-baru ini.