Tahniah kepada para pemenang Bakat Si Cilik Mewarna 3/2026

Admin
ff252ae2 a402 4ade 855e 92a529ab4214

GEORGE TOWN – Peraduan Bakat Si Cilik – Mewarna 3/2026 anjuran sidang redaksi Buletin Mutiara sampai ke penghujung dengan tiga pemenang utama dan lima penerima sagu hati telah dipilih sebentar tadi.

Juri-juri terdiri daripada Setiausaha Bahagian bagi Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud; Pegawai Tadbir Kanan Perbadanan Ketua Menteri, S. Yuweneswaran dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ooi Mei Mei.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi peraduan yang dianjurkan bermula 1 Julai hingga 30 September 2026;

Pertama : Lim Khai Ning

Kedua : Khor Jia Yee

Ketiga : Beh Chen Lai

Saguhati : Nur Amni Iman; Nur Qaseh Ariana binti Abdullah; Dhiyassree Amlithan; Theehvyan Amuthan & Lim Khai Yao.

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dalam masa terdekat dan keputusan juri adalah muktamad.

1c017332 cbf4 4ee2 9696 97569e1aa02a 40e34e55 1649 4e16 867c bddea9c7b6c5

Sejurus mengadili pemilihan Muhamad Husni berkata, Peraduan Bakat Cilik Mewarna Buletin Mutiara bukan sahaja menjadi platform mencungkil kreativiti kanak-kanak, malah turut memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai keunikan dan kepentingan memelihara warisan negeri Pulau Pinang.

“Pemilihan pemenang bagi edisi kali ini memperlihatkan sambutan menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 2,000 peserta termasuk dari luar Pulau Pinang sebelum 10 karya terbaik dipilih ke peringkat akhir.

“Topik warisan kali ini amat bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri menghargai dan memelihara khazanah warisan.

“Melalui pertandingan seperti ini, kita bukan sahaja dapat memperkenalkan warisan Pulau Pinang kepada generasi muda, malah mencungkil bakat serta kreativiti kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

“Menariknya, kita dapat melihat hasil karya yang sangat kreatif dan berkualiti daripada peserta cilik ini,” katanya ketika ditemui pada selesai sesi pemilihan pemenang peraduan berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri/Setiausaha Akhbar Kepada YAB Ketua Menteri, Yap Lee Ying.

Muhamad Husni turut mencadangkan agar karya-karya terpilih dipamerkan di ruang awam seperti Perpustakaan Digital atau perpustakaan awam di KOMTAR bagi membolehkan lebih ramai pengunjung menghayati hasil kreativiti peserta.

Sementara itu, Mei Mei mencadangkan agar penganjuran akan datang turut menyediakan kategori khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas bagi memberi peluang kepada golongan itu mengetengahkan bakat seni masing-masing.

Menurutnya, potensi dan kreativiti kanak-kanak berkeperluan khas dalam aktiviti seni wajar diberikan ruang dan pengiktirafan, sekali gus memastikan mereka turut mendapat peluang menyertai program seumpama itu.

Beliau turut mencadangkan supaya karya pemenang diterjemahkan dalam bentuk produk cenderamata seperti beg guna semula (tote bag) untuk diedarkan kepada orang ramai.

“Dengan cara ini, hasil seni anak-anak Pulau Pinang bukan sahaja dapat diketengahkan, malah boleh dijadikan kenangan dan medium memperkenalkan kreativiti serta bakat generasi muda negeri ini.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penambahbaikan yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada kanak-kanak,” katanya.