Teknologi baru ke arah Pulau Pinang negeri lebih selamat

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohamad Anil Shah di pejabatnya dekat Komtar, sebentar tadi.

Turut serta, pengarang dan juga penceramah Prof. Khoo Kheng-Hor; Pengarah Sasa Surveillance Services Sdn. Bhd., Datuk Wong Song Yin; MCPF Daerah SPT, Goh Hoe Eng; Vendor Cops Box, Jarmy Goh; DSP Koordinasi Kemasyarakatan JPJKK, DSP M. Sathasivam.

Kunjungan selama kira-kira 20 minit itu membincangkan beberapa isu keselamatan khususnya penggunaan berkaitan teknologi baru sebagai usaha ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri lebih selamat.

Mengakhiri pertemuan tersebut, Kon Yeow turut menerima senaskah buku berjudul “Avoid Becoming A Victim of Crime” daripada Mohamad Anil.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD