Terap nilai murni dalam tetangga – KM

Admin
KETUA Menteri dan Ong Khan Lee (tiga dari kanan) berterima kasih dengan sikap prihatin dan timbang rasa empat individu yang bertindak membantu mangsa ragut di Padang Tembak, Air Itam di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri dan Ong Khan Lee (tiga dari kanan) berterima kasih dengan sikap
prihatin dan timbang rasa empat individu yang bertindak membantu mangsa
ragut di Padang Tembak, Air Itam di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNKetua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng menyeru rakyat Pulau Pinang lebih peka serta menerapkan nilai-nilai murni dalam tetangga terutamanya dalam inisiatif menangani kejadian jenayah di negeri ini.

Beliau berkata demikian ekoran kejadian ragut menyayat hati membabitkan seorang warga emas, mendiang Tan Kim Chuan, 60, yang meninggal dunia selepas menjadi mangsa ragut pada 10 Julai lalu berhampiran Blok J, Rukun Tetangga, Padang Tembak, Air Itam di sini.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, selepas diragut dipercayai pembonceng sebuah motosikal kirakira jam 6.02 pagi, mangsa telah terjatuh terlantar di bahu jalan dalam keadaan separa sedar dan kesakitan.

Dalam tempoh kira-kira 10 minit, mangsa dibiarkan walaupun rakaman CCTV menunjukkan terdapat 10 individu yang melalui lokasi kejadian. Sehinggalah empat individu yang prihatin muncul menghulurkan bantuan. Mereka ialah Mah Yoon Ye e , 74; Saravana Kumar a/l Balachandran, 32; Zarolnizam Talib, 37 dan Khoo Ean Oon, 57.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut, namun, ekoran kecederaan dan keretakan tengkorak yang dialami, mangsa telah meninggal dunia dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Mount Erskine.

Dalam pada itu, ekoran keprihatinan dan sikap perikemanusiaan empat individu yang tampil menghulurkan bantuan, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif khas menganugerahkan sijil penghargaan khas berserta token kepada pihak-pihak berkenaan.

Guan Eng dalam reaksi beliau berterima kasih kepada mereka yang tampil membantu mangsa.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa kesal dan terkejut apabila melihat rakaman CCTV dan mendapati 10 individu yang melalui kawasan kejadian tidak mempedulikan mangsa.

“Kita (Kerajaan Negeri) berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak mempedulikan mangsa dan kurang memberi kerjasama dalam menangani kes-kes jenayah di negeri ini.

“Sebagai sebuah komuniti, kita harus mempunyai rasa kebertanggungjawaban dan saling berkerjasama terutama dalam menangani jenayah agar keadaan menjadi lebih selamat.

“Kerajaan Negeri memandang serius kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dan mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memasang CCTV di kawasankawasan ‘panas’,” ujarnya pada majlis sidang akhbar dan penyampaian anugerah penghargaan khas di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Ong Khan Lee.

Sumbangan RM2,000 turut disampaikan kepada keluarga mangsa.