Tukar sampah jadi duit – Maimunah

O l e h : AHMAD A D I L MUHAMAD

BUKIT MER TAJAM – Seramai  34  penduduk menubuhkan Koperasi Perusahaan Hijau Permatang Nibong dan menyertai Bengkel Kitar Semula Kreatif anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan kerjasama SVAC ViroGreen Sdn. Bhd.

(SVAC) di sini baru-baru ini. Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, bengkel selama 14 hari itu diharap memberi latihan dan pengalaman kepada para peserta untuk mengguna semula pembungkus plastik tidak dapat dikitar semula untuk dijadikan beg, hasil anyaman dan aksesori yang nyata boleh membawa pulangan wang ringgit.

“Dengan tertubuhnya Koperasi Perusahaan Hijau Permatang Nibong, saya berharap penduduk boleh menjalankan satu perniagaan
dengan menukarkan sampah menjadi wang dan bukan sekadar sebagai hobi sahaja,” katanya di majlis penutupan bengkel tersebut di sini baru-baru ini.

Setiausaha Perbandaran MPSP, Sr. Rozali Mohamud, Moorthi Karthikesan (Pengarah Urusan SVAC), Dr. A. Sajidas (Pengarah Urusan BIOTECH Renewable Energy Pvt. Ltd.) dan Dr. M. A. Hakim (Pengerusi Al-Hakim Group) turut hadir pada majlis tersebut.

Maimunah berharap,koperasi  tersebut dapat bersama – sama MPSP mempromosi 4R, iaitu Rethink (fikir semula), Reduce
(kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) dalam komuniti Seberang Perai.

Dalam perkembangan sama, Maimunah berkata, RM8.6 juta dana MPSP telahpun dibelanjakan sepanjang tahun lepas untuk menguruskan 427,706.21 tan sampah di Tapak Pelupusan Pulau Burung dekat Seberang Perai Selatan (SPS).

Itu, katanya, tidak termasuk perbelanjaan kos pekerja, petrol d a n penyelenggaraan kenderaan.

Tambah beliau, sebanyak 230,728.18 tan sampah adalah sisa domestik yang boleh dikitar semula.

Justeru, beliau berharap pertubuhan ini dapat meneruskan kempen kitar semula seperti kebun kejiranan dan aktiviti pengkomposan demi mengurangkan perbelanjaan pengurusan pepejal ditanggung MPSP kelak.

Terdahulu, seramai 56 orang penduduk Permatang Nibong melibatkan diri dalam program CIMB-Community Link di mana sebanyak 1,120 kg sisa makanan berjaya dikutip untuk dikomposkan.