Ulang Tahun Ke-43 FMM terima penghargaan Ketua Menteri

FMM Dinner
KETUA Menteri bersama-sama barisan penganjur dan dif-dif jemputan
menyempurnakan upacara memotong kek bersempena Majlis Ulang Tahun
Ke-43 FMM di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Ulang tahun ke-43 Persekutuan Pengilang- Pengilang Malaysia (FMM) di sini baru-baru ini turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Guan Eng semasa berucap merakamkan penghargaan kepada semua dif kehormat yang hadir atas kejayaan industri pembuatan menyumbang kira-kira 51 peratus pada perkembangan ekonomi di negeri berkenaan, selain, 49 peratus dalam sektor perkhidmatan.

“Yang yang menjadi perhatian kita semua, mampukah Pulau Pinang meneruskan kelangsungan ini melalui sektor pembuatan, terutama dalam industri E&E (Elektrik dan Elektronik) sebagai penggerak pada jentera ekonomi masa depan negeri ini,” soal beliau.

Presiden FMM, Tan Sri Datuk Yong Poh Kon dan Kooh Cheok Sin (Pengerusi FMM Pulau Pinang) turut berucap pada keraian itu.

Guan Eng berkata, semua pihak berwajib diharap meneruskan usaha mengembangkan potensi industri masing-masing secara dinamik selari dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu memakmurkan ekonomi negeri demi kepentingan rakyat terbanyak di negeri berkenaan.