Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia disambut penuh bermakna

CHILMAN Arisman (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri sambil diiringi konsulat-konsulat lain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke - 67 Indonesia di sini baru-baru ini.
CHILMAN Arisman (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri sambil diiringi konsulat-konsulat lain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke – 67
Indonesia di sini baru-baru ini.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN… Walaupun sambutan tidak semeriah seperti di negara sendiri, namun, ia tetap bermakna bagi rakyat Indonesia yang menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke – 67 di rantauan negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos lalu.

Sambutan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Persiaran Gurney di sini dihadiri kira-kira 100 tetamu kehormat jemputan khas pejabat-pejabat Konsulat di sini seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berserta isteri. Ketibaan beliau disambut, Konsul Jeneral di Pulau Pinang, Chilman Arisman bersama isteri, Ratnawati Arisman.

Berkumandangnya lagi kebangsaan Indonesia, ‘Indonesia Raya’ dan Lagu Kebangsaan negara, ‘Negaraku’ menandakan rasminya Majlis Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke – 67 Indonesia.

Turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.