Warna-warni Bulatan Udini meriahkan sambutan Deepavali

KECERIAAN PESTA CAHAYA… Gemerlapan lampu-lampu berwarna-warni yang dipasang di Bulatan Jalan Udini (lebih dikenali sebagai Bulatan Udini) menambah kemeriahan suasana sambutan Deepavali baru-baru ini.

Inisiatif pemasangan lampu hiasan tersebut adalah oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Rayer berkata, usaha pemasangan lampu hiasan di Bulatan Udini dekat sini adalah bagi menambahkan keceriaan ‘Pesta Cahaya’.

Turut serta pada majlis menyalakan lampu hiasan berkaitan ialah Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) D.R Kala; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Gelugor, Merasik Jabbar dan sebahagian komuniti Seri Delima.