Wira perang dikenang

DIKENANG… Pada tanggal 11 November saban tahun, jasa wira-wira Perang Dunia Kedua yang terkorban dikenang menerusi majlis peringatan sebagai tanda penghormatan yang diadakan di sini.

Tanpa mengira perbezaan fahaman politik, ahli-ahli dari parti-parti berbeza bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri diketuai Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkumpul bersama pada majlis berkenaan baru-baru ini.

Dipercayai kira-kira 66 beg mengandungi abu mayat beberapa ratus wira yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua ketika pencerobohan Jepun telah disemadikan di Memorial Perang tersebut yang terletak di bulatan menghala ke Bukit Bendera di sini.

Malah, memorial berukuran 49 kaki tinggi dan 60 kaki lebar dibina pada tahun 1951 tersebut juga dinobat sebagai salah satu destinasi pelancongan bersejarah di negeri ini.